Hati rasa benci untuk menangis..tapi mampukah dia untuk tidak menangis lagi?? Walaupun, dia sudah tiada kudrat untuk menangis dan terus menangis..mengapa kaun sakiti hati satu-satunya perempuan yang sayangkan diri kau??Sedarkah kau, dia dah tiada daya untuk merelakan hatinya disakiti lagi, dilukakan oleh sorang lelaki yang benar-benar dia sayang..Sejak dari dulu dia benci untuk menyayangi sesiapa kerna dia tahu kelak dia akan terluka..dan luka itu sukar untuk disembuh..berulang-ulang kali dia cuba memberitahu, jangan tinggalkan parut yang sudah sedia ada..dia benci pada kelukaan..dia benci pada parut yang akan mencacatkan hatinya kerana kelak terencat segala percaturan hidupnya..
dia ingin berpisah dengan kau..tapi hati dia melarang keras..bagai ada dua pemikiran yang sedang merasuk mindanya...
A : Untuk apa lagi bersama dengan lelaki yang tak menghargai kau..
B : Aku takut untuk berpisah kerana ia amat menyakitkan..
A : Jangan takut, let it be..masa akan menyembuhkan segalanya..kau dan dia tak mungkin akan bersatu..kau dan dia dua manusia yang berbeza..once lepaskan dia, bangun kembali, belajar dari kesilapan, dan teruskan perjalanan kau..perjalanan kau masih jauh lagi bukan...kau harapan keluarga...
B : Jika berpisah, aku akan menangis dan terus menangis..mengambil masa yang lama untuk sembuh..bertahun-tahun..bukan berbulan-bulan...
A : Ia mengajar kau erti tabah...kau takkan mati tanpa dia disisi kau..kau insan yang pandai berdikari bukan..jangan lagi bergantung harap pada sesuatu yang tak pasti hala tujunya..
B : Aku takut kehilangannya..aku terlalu menyayangi..
A : Silap kau dipermulaan kerana menyayanginya..sepatutnya kau harus simpan perasaan sayang 90 % pada diri kau sendiri dan selebihnya pada orang disekeliling kau..
B : Mudah kau berkata-kata..sedangkan aku yang bakal menghadapinya..aku tak kuat..tak sekuat yang disangka oleh manusia disekeliling aku...
A: kekuatan semuanya ada dalam diri kau..semuanya dari kau..mahu ataupun tidak, semuanya terletak atas diri kau..
B : Bertahun kami bersama..takkan nak musnahkan dalam sekelip mata..kami bersusah payah sama-sama untuk bina kehidupan masing-masing..melalui saat-saat sukar dan senang bersama..takkan mungkin aku kuat melakukannya..kenangan demi kenangan..pengorbanan demi pengorbanan...
A : Untuk apa jika hati kau tak bahagia??tak salah mengingati kenangan..sebab mustahil untuk memadam memori bersama-sama..ambil iktibar dalam kenangan dan kutip kekuatan dari kenangan tu..
B : Bahagia??macam mana rasa bahagia tu??aku dah lupa...
A : just let him go...and one day, kau akan bangun kembali..dan kau akan kembali merasai kebahagiaan itu..cuba kuat walaupun perit..biarkan dia pilih jalan dia sendiri..biar dia bahagia dengan jalan yang dipilihnya..menyayangi tak bermaksud memiliki...cukuplah kita melihat orang yang kita sayang, hidup bahagia..
B : Yer, menyayangi tak bermaksud memiliki..dan aku takkan tersenyum seperti dulu lagi......
No comments:
Post a Comment